Blog


Followers

Say Hi to us ! ;)

Our Man

Pengerusi

*Mizan

Timbalan

*Wafiq

Setiausaha

*Mashitah

Bendahari

*Syahmi

JPAM

Sedia Pantas Berintegriti

Planned Activities

Latihan Medan (22-24 April 2011)


Kursus Kecederaan Domestik ( May 2011)


Bertugas di Sports Carnival (Jun 2011)


Bertugas di Staff Sports Carnival (Jun 2011)


Bertugas di MSR (Julai 2011)

Kursus Asas Latihan Medan SISPA JPAM UniKL MIAT Sesi Jan 2011

Tuesday, May 3, 2011 - - 0 Comments

Ulu Bendul – Pada 23 hingga 24 April 2011 yang lepas, Unit Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) telah menganjurkan Kursus Asas Latihan Medan di Hutan Rekreasi Ulu Bendul berdekatan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program itu telah disertai oleh 131 pelajar-pelajar semester 1 dari pelbagai kos yang terdiri daripada pelajar jurusan diploma dan ijazah. Kursus Asas Latihan Medan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib disertai di bawah mata pelajaran kokurikulum bagi pelajar semester 1. Terdapat juga para pelajar dari semester 2 hingga semester 6 yang turut menghadiri program ini atas tiket peserta dan urusetia.
Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang kem ini berjalan selama 3 hari ini ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan menyelamat, pertandingan memadam kebakaran serta pertandingan ‘Basic Trauma Life Support’(BTLS). Para peserta telah dibahagikan kepada 6 platun untuk memudahkan sesi pertandingan. Setiap platun diketuai oleh seorang ketua dan diawasi oleh ‘penghulu’ yang berada di bawah arahan Kem Komandan. Kata PKS Inter Rizarul Azim yang bertugas sebagai PRO majlis, program ini telah mendapat sambutan yang hangat dari kalangan pelajar kerana Kursus Asas Latihan Medan kali ini telah diadakan dengan menggunakan ‘format pertandingan’, berbanding sebelum ini yang hanya berasaskan ‘format pembelajaran’.
Kolonel (PA) Hj.Ahmad Affandi bin Mohammed telah hadir untuk majlis perasmian penutupan Kursus Asas Latihan Medan bersama Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Professor Ahmad Zahir bin Mokhtar, Kapten Bersekutu (PA) En.Hafis bin Khairuddin, Kapten Bersekutu (PA) Pn.Roslina bt. Alwi serta Head of Foundation UniKL MIAT, En. Ab Bassit Hussain. Kata Hj.Ahmad Affandi, program seperti ini merupakan satu pengalaman yang berharga yang perlu diikuti oleh setiap pelajar kerana melalui program ini, disiplin pelajar dapat dibentuk dan ditingkatkan secara tidak langsung melalui aktiviti yang diadakan seperti latihan kawad kaki dan sebagainya. Professor Ahmad Zahir pula berkata, hingga waktu ini, Unit SISPA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) hanya terdapat di UniKL MIAT sahaja dan beliau sedang mengusahakan untuk mengadakan Unit SISPA JPAM ini di setiap cawangan UniKL di seluruh negara. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden di bahagian ‘Technopreneur’ dan pengurusan mahasiswa.
Pada majlis perasmian penutupan itu juga, seramai 24 orang anggota SISPA JPAM UniKL MIAT telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kadet Sispa (PKS) atas kredibiliti dan tanggungjawab mereka selama mana mereka berkhidmat dalam SISPA. Kata PKS Inter Hariz, program ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara pasukan disamping membina disiplin diri dan turut melatih kita untuk bertindak dengan pantas dan cekap apabila di dalam situasi kecemasan. Leftenan Muda Tuan Yazin yang turut serta juga turut berbangga dengan kejayaan Unit SISPA JPAM UniKL MIAT kerana telah berjaya mengendalikan Kursus Asas Latihan Medan ini dengan jayanya.

This entry was posted on 5:18 AM and is filed under Latihan Medan . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

| SISPA UniKL MIAT 2011